Wednesday, 29 May 2013

Patin Temerloh Paling Sedap @ TG Patin

Sebenarnya semua orang pasti menggilai rasa ikan patin segar yang asli dari Sungai Temerloh. Tapi ramai jugak yang takut mencuba, mungkin sebab forbia pernah termakan patin yang rasa macam tanah dan lumpur.Bukan setakad tanah dan lumpur, malah hanyir yang tak leh blah.
Ikan Patin Sungai Pahang dari Temerloh paling berbeza malah lebih  awesome, sikit pun takde rasa tanah, lumpur ataupun hanyir. Rasanya lagi sedap dari mana mana patin atas muka bumi ni malah tak perlu pun nak basuh dengan limau, asam segala, guna air paip biasa dan cukup. 

Memang paling sedap dan yang lebih menariknya isi ikan patin Temerloh ni lebih kenyal dan enak. Kalau tak, tak kanlah Temerloh memegang gelaran istimewa "Temerloh Bandar Ikan Patin" ye dok????

Kalau ikan patin yang bukan original dari Temerloh, kekadang bukan sekadar rasa tak sedap dan hanyir tapi penuh ngan lemak yang berlendir sampai kita pun confuse, yang kita makan ni ikan patin ke agar- agar. 

Korang kalau pergi Temerloh, jangan berlagak main duduk je pastu order, silap-silap haribulan, heart attack masa nak bayar. Sebab Patin Temerloh ni pun ada banyak jenis, ada yang sangkar dan ada yang liar. Yang sangkar ni seketul leh cecah sampai RM20 sepotong tapi yang liar leh cecah sampai RM100 seketul.
Jadi kalau tak tanya, silap perkiraan leh rasa nak bunuh makcik warong patin yang hantar bill tu...he he he


Korang tahu tak apa  beza patin  sangkar dan yang liar walaupun dua dua membesar dalam Sungai Pahang di Temerloh???
Sebenarnya sama sebab ikan-ikan ni berkongsi air yang sama, cuma bezanya sikit je...yang liar lemaknya kurang sikit dari yang sangkar sebab yang liar makan tumbuhan liar dan yang sangkar makan pelet (makanan ikan). Lagi satu, sama macam oranglah, yang banyak buat exercise pejallah badannya yang banyak makan tidur lembiklah walau dua dua tinggal satu rumah...Hehehe
Lepas dah cerita panjang lebar pasal patin Temerloh ni, terliur pulak kan??
Nak pergi Temerloh jauhlah pulok...Apa kata kita gi yang dekat dekat je tapi dapat makan sama macam yang kat Temerloh.

Moh ler kita cuba makan kat TG Patin.

Cawangan Bandar Kinrara BK 5, Depan Masjid Al-Ehsan.
Buka dari pukul 11 pagi hingga 3 ptg. 
Buka setiap hari & tutup pada setiap ahad dan sabtu (minggu ketiga)


Yang satu lagi pulak di Taman Kinrara 1. 
Buka dari 5.30 ptg sampai 11 mlm 
Buka setiap hari & tutup hanya pada setiap ahad dan sabtu (minggu ketiga)


Ikan Patin kat TG Patin ni memang ori dari Temerloh. Mana tak orinya, tauke dia memang ada 60 buah sangkar sendiri di Temerloh nun......Patutlah  ikan dia paling superb....lebih  pejal  lagi kurang lemak, memang kalau try pasti sesape pun melekat, berganda ganda ketagih dibuatnya. Lambat nak tunggu siang, nak pergi makan lagi lagi dan lagi...


Apa yang lebih istimewa di TG Patin ni, selain menu-menu yang paling sedap, tempat yang disediakan juga lebih relax dan selesa berkonsepkan ala ala makan sambil santai tanpa terikat dengan sebarang protokol. Makanan paling mereciks, ditambah ngan tempat lebih awesome lagi hebat dengan parking yang banyak dan free pulak tu..........

Jom layan menu-menu apa yang TG Patin ni ada:

TG Patin Tempoyak Abam Sado Yang Masak


Ha...yang ni pulak TG Patin 5X Lebih Ketagih
Ni menu paling hot kalau waktu lunch.....beratur orang tunggu

Jangan tunggu lagi, berbaloi baloi apa yang TG Patin tawarkan:

Paling kenyang dengan nasi putih paling banyak yang anda mampu makan

Lebih nikmat dengan rasa menu patin yang lebih merecikkkkssss 
TG Patin Tempoyak Abam Sado Yang Masak/ TG Patin Goreng 5X Lebih Ketagih

Lagi ditambah keterujaan terhadap kerangupan 
Ulam- ulaman segar, ikan masin goreng, sambal tempoyak & belacan yang boleh diambil semahunya 
"tepuk dada tanya selera"


Paling puas dengan segelas air asam boi penghilang dahaga sebenar

Ditambah lagi dengan 
perkhidmatan yang paling tangkas yang jimatkan masa anda
Senyuman dan layanan lebih mesra menyejukkan hati anda
Tempat lebih selesa, bersih dan santai menambah kepuasan anda
dan yang paling penting,
Parking yang lebih banyak, mudah dan percuma menjimatkan duit dan memudahkan anda





TG Patin sentiasa memberikan perkhidmatan yang menguntungkan pelanggan :
Keenakan sebenar
Paling jimat wang
Lebih jimat masa
Lagi ditambah kepuasan maksimum

Mesti tak percaya, set lengkap kat atas hanya RM15 sahaja.....
BERBALAOI ke BERBALOI?????



Nak kan lebih info.....jemput visit 

FB : TG Patin
Fan Page : TG Patin Tempoyak
Website : www.tgpatin.com.my
Email :sales@tgpatin.com.my
Contact : 010-2002105